Sunday, May 24, 2009

PuisiDra (Puisi drama... bukn drama queen)


Huhuhu.. sori.. lmbat update.. ssb sgt nk mndptkn kemudahan internet kat sini. huhuhu.. hari ni aku nak cite aktiviti yg aku join kat sini.. hehehe..


Aku join satu puisidra anjuran MTK kat uitm arau ni. huhuhu.. aku join sbb dah lame x bersajak.. so.. nk cube la.. ade bakat lagi ke tak. huhu.. alhamdulillah... group aku menang dlm pertandingan PuisiDra ni.

So, kat sini aku post video bacaan puisi aku tu.. ngn Puisi yg aku bacekan tu. Temanya adalah "Selamatkan Palestin". (sorry sgt.. kualiti video xmemberngsngkan..)


Pejuang Allah

Ku deklamasikan sebuah puisi
Buat para syuhada' dan semua saudara islamku

Saudaraku Palestin
kau berjuang di antara desing peluru yang memekakkan telinga
Kau berjuang demi kesucian tanah kelahiran yang dianjak anjak
dan tunjangnya kauberjuang kerana islam tercinta

Meski darah tertumpah
kau takkan pernah kalah
meski nyawa kan terpisah
kau tetap takkan pernah kalah

Hai kaum zionis penindas
Dimanakah akal dan telingamu
Tak cukupkah kau ambil paksa tanah saudaraku Palestin
Tak cukup puaskah kau siksa batin dan jiwa mereka?

Di sini ku hanya jiwa ragaku merintih menangis
Mengutuskan himpunan doa buat kalian
saat ku melihat bayi tidak berdosa bersimbah darah
saat ku melihat Yahudi merobek jasad menggila
Saat ku melihat warga tua meratapi memeluk jasad anak yang tercinta

Palestin
Tanahmu adalah tanah para syuhada
Di mana mengalir darah-darah ahli syurga
Yang bahagiannya kau kecapi di sana

Wahai saudara seimanku
Di manakah letakkan kepedulianmu
Pada mereka saudara kita atas kalimah yang satu
" La illah ha ilallah "
Tidakkah kau merasa pilu melihat derita saudara kita di sana
Yang hanya tidur berbumbungkan atap langit
Beralaskan hamparan pasir batu bumi
Bercahayakan kerdipan lampu-lampu peluru
Berpuputkan pawana darah-darah para syuhada'
dan berparonamakan batang-batang tubuh yang hancur tumbang

Sahabatku
Ayuh kita mara bersatu
dalam tadahan doa pohonan rahmat allah yang satu
menimba ilmu dari telaga kefahaman islam yang syumul
agar kan lahir generasi pejuang yang bermutu mengorak langkah hidup islam yang dirindu





Kumpulan yg berlakon... ala2 phntomin la...







4 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

wow! u guys r good!

Che Kay said...

wah!terkesima aku!

Boyz said...

ermmm...let see...

bee u did really good...i just cannot imagine what will happen to those mimes if u r not on the stage...even i dont really agree for that position....they seems so empty...undefined....and "berangan"...ko sepatutnya sebagai seorang yang dah lama dalam bidang ni nasihat depa dan ajar depa....x baik kedekut ilmu.....kesian aku tgk bebudak tu....hehhehe.....

to the kids(kalo korang bace),
good luck in the future...u guys will do better next time...

as expected, really product from arau!!!

Btw, TAHNIAH sebab korang johan....

(sape aku nak komen semua ni...wahahhaa...)

matilah aku kene hine lepas ni...

Rizal Hashim said...

Abis la klu Bee dah over shadow diorang, dah jadik centre of attention, xpasan plakaku ngan dak2 yg len...huhu