Perubahan hidup daripada seorang pekerja kepada seorang pelajar banyak member impak yang besar dalam hidup aku terutamanya dalam mengupdatekan blog ini. Ramai yang berkata blog ini tidak ubah seperti kawasan semak samun yang telah lama ditinggalkan. Penulis tidak menyalahkan mereka berkata begitu kerana itualh hakikatnya. Blog ini kelihatan kusam dan muram tanpa ada apa-apa entri yang menarik.
Walau bagaimana pun, pada ketika ini, penulis mencuba untuk mengkoordinasi semula supaya ianya kelihatan menarik dan bermanfaat. Maka, penulis memulakan entri yang sterotaip di waktu-waktu ini iaitu berkenaan dengan raya.
Bagi penulis, raya tahun ini agak berbeza dengan raya-raya yang lepas. Walaupun pada tahun ini penulis langsung tidak bercadang untuk memiliki sepasang baju melayu mahupun songkok raya ianya tidak menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding raya-raya yang lepas. Bagi penulis, memiliki baju yang baru pada setiap tahun adalah satu pembaziran kerana wang yang dimiliki boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah (sebenarnya penulis tidak mampu untuk menempahnya).
Perbezaan yang ketara dalam hidup penulis merasai suasana raya yang tidak pernah dirasa sebelum ini. Penulis tidak pernah berada jauh dari keluarga dalam tempoh masa yang agak panjang. Secara kasarnya, sebelum ini penulis hanya berada jauh dalam lingkungan 40km hingga 80km dari rumah. Maka telah ditakdirkan, letaknya penulis di sebuah negeri yang indah di kayangan untuk melanjutkan pelajaran. Dan tidak terjangka juga yang penulis harus melalui ramadhan di sini.
Memandangkan ramadhan hampir berlalu, suasana di asrama agak berlainan dengan sebelumnya. Lagu-lagu raya menjadi gilaan hingga ianya berkumandang di sini dan sana. Pada mulanya, penulis hanya mengegokan diri sambil berkata di dalam jiwa
“ahh.. semu nak pasang lagu raya, puasa tak habis lagi ni..!”
Lanats tidak lama selepas rasa itu terdetik, datang pula perasan yang yang tidak penulis sangka ianya berlaku
“Ermm.. sedihnya, nak raya dah. Tak sangka tahun ni aku berpuasa jauh di utara. Bagaimanakah agaknya persiapan raya di rumah sana. Mesti adik beradik tengah seronok bermain bunga api. Adik-beradik yang lain pasti kerap berbuka bersama emak dan ayah tercinta. Tahun ni, aku tidak berpeluang berbuka bersama mereka….”
Tidak penulis sangka, ketika sedang melayan perasaan itu tiba-tiba setitis manik jernih gugur dari kelopak mata ini. Dengan segera penulis mengesatnya lalu menafikan perasaan itu tanda ego. Hakikatnya.. tiada yang tahu melainkan yang maha esa.
Ketika entri ini ditulis, penulis berasa tidak sabar menunggu detik-detik keberangkatan diri ini ke kampung halaman walaupun pada hakikatnya rumah penulis berada di sebuah bandar moden. Tidak sabar rasanya penulis untuk melalui hari raya ini. Bagaimanakah agaknya suasana kali ini setelah lama penulis tidak pulang ke rumah. Tambahan pada kali ini penulis juga harus membahagikan masa dengan ideal supaya penulis berkesempatan untuk menelaah kerana selepas raya penulis akan menghadapi beberapa siri ujian penilaian. Penulis berharap suasana di rumah tidak menghalang penulis untuk melakukannya.
Dalam memikirkan suasana dan aktiviki di rumah ketika raya ini, penulis hampir terlupa dimanakah penulis meletakkan tiket bas yang bakal dinaiki nanti. Penulis berharap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku ketika hendak pulang ke kampong halaman. Semoga bas yang dinaiki itu wujud serta berada dalam kondisi yang baik. Di harap perjalanan pulang ke kampung halaman ini di berkatiNya dan dipermudahkan. Insya’allah.
Akhir kata:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR JUGA BATIN...
P/s: tiba-tiba penulis berharap supaya wujudnya satu laluan baru yang memendekkan masa perjalanan bas supaya segera sampai ke destinasi (tergelak..). Pastinya penulis tidak hendak mendengar lagu raya sepanjang perjalanan kerana penulis hendak tidur. Harap-harap dapatlah penulis bersahur dengan mereka yang di rumah.
7 comments:
welkam bek!
miss u stories..
slmt ari raye!
awalnye ko online.. owh.. sahur td ek..
=) saya sudah selamat tiba di rumah setelah mengharungi perjalanan yang jauh~~~ gembiranya dalam hati.
enjoy ur holiday, buddy.. wish u luck on ur exams...
lagi bertambah umur.. mmg lagi rasa x excited nak Raya..
raya nih cam makin syahdu rase.. bile nak cuti keje lame pun tak dpt..
nak bersama famili pun tak lame..
uwaa~
bestnye ko dah balik kampung.. kesian kat aku yg masih di opis..
Post a Comment