Thursday, September 17, 2009

PRAmadhan

Maaflah kerana seharusnya penulis menulis entri ini ketika kita gembira berpuasa tempoh hari. Tetapi tidak menjadi kesalahan kiranya penulis menceritakanya ketika ini. Kali ini, penulis selesa untuk menggarap cerita mengenai pengalaman puasa yang penulis tempuhi jauh di utara ini.

Esok puasa

Ketika suasana hening memenuhi malam, suara radio di bilik seakan-akan hilang dari pendengaran. Antara dengar dan tidak dek kerana penulis terleka menyiapkan tugasan yang perlu dihantar . Suasana ini berubah apabila penulis terdengar satu pengumuman yang penting.

“… saya dengan ini mengishtiharkan tarikh 1 Ramadhan 1430H jatuh pada 22 Ogos 2009…”

Penulis tersedar ketika bahawa lusa semua umat islam akan menjalani ibadah puasa. Maka dengan itu penulis teringat bahawa penulis belum lagi membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman. Dengan segera penulis mengirim pesanan ringkas kepada rakan penulis untuk menemankan ke bandar memandangkan penulis tidak mempunyai kuliah pada esok harinya.

Rencana ke bandar menjadi lebih menarik apabila rakan penulis yang bernama Amir mencadangkan sesuatu yang istimewa iaitu menikmati hidangan ayam goreng tepung di restoran makana segera yang terkemuka “Kentucky Fried Chicken”. Sudah lama kiranya penulis tidak menikmatinya memandangkan penulis berada di asrama dan masalah pengangkutan menjadi kekangan kepada penulis untuk menghayati keindahan Negeri Perlis kayangan ini.

Bandar Kangar

Maka di hari kejadian, segalanya berjalan lancar termasuklah pekara yang melucukan terjadi antara seorang siswa yang menaiki teksi yang sama untuk ke bandar bersama penulis. Kejadian itu terjadi apabila siswa tersebut bersembang bersama penulis

Siswa: Ermm.. pertama kali ke akan berpuasa di sini?

Penulis: (keliru).. ermm.. ya.. (apa yang dia maksudkan?)

Siswa: Owh.. (budak baru.. tahu la mereka berpuasa di asrama nanti)

Penulis: Pastinya tiada beza berpuasa di mana-mana.. yang penting kita ikhlas kerana allah.

Siswa: Betul.. betul.. (cuba tukar isu) balik kampung nanti naik bas atau keretapi?

Penulis: Biasanya saya akan menaiki keretapi tetapi kali ini saya akan menaiki bas. Sebab saya tidak perlu berhenti ke KL Sentral dan menaiki ERL untuk ke putrajaya. Kos tinggi dan masa pun lama. Sekiranya menaiki bas, bas tersebut berhenti berhampiran rumah saya. (sambil memikirkan adakah siswa tersebut faham?)

Siswa: Owh.. begitu. Bagi ABANG, ABANG lagi suka naik keretapi. Naik keretapi selesa sikit.. cuma lambat sikit untuk sampai. Tapi tak lenguh macam naik bas, Cuma duduk sahaja. Jika naik keretapi boleh jalan-jalan sikit.

Penulis: (menjadi lebih keliru, adakah siswa ini lebih tua dari aku? Berapa umurnya agaknya.. akan aku cuba pastikan) owh.. tidak mengapa. Kita mempunyai pendapat yang berbeza yang pastinya keselamatan dan kelancaran sepanjang perjalanan adalah yang diutamakan.

Tidak lama kemudian, tibalah kami di bandar Kangar. Penulis terus meluru ke kaunter bas untuk mendapatkan tiket. Lega rasanya apabila semuanya berjalan lancar. Seketika penulis tergelak teringatkan perbualan di dalam teksi tadi. Amir berkata

Amir: Bee.. awat dia bahasakan diri dia abang? Umoq dia berapa?

Penulis: Cheq tak tau. Cheq pun dok pelik awat dia bahasakan dia abang?

Amir: Hang nampak muda la kot. Nampak macam baru abis SPM. Hahahaha…

Penulis: hahaha.. No comment. Apa-apa hai cheq akan cuba pastikan umoq dia barapa. (sambil tersenyum kerana merasakan diri masih muda)

Setelah selesai mendapatkan tiket, maka kami terus ke “The Store” untuk mendapatkan barang keperluan terutamanya ketika berpuasa nanti. Di pasaraya tersebut penulis membeli buah kurma, Sunquick blackcurrent, laici tin serta susu tepung (dan lain-lain). Semuanya untuk bersahur atau berbuka.

Menikmati ayam goreng KFC

Setelah selesai mendapatkan barangan yang dihajati, kemudiannya kami ke restoran makanan segera KFC. Aroma masakan ayam gorengnya kuat menarik kami untuk terus masuk ke dalamnya. Setelah berkira-kira, penulis hanya mendapatkan spinggan hidangan Value meal iaitu Dinner plate. Mungkin ketika itu penulis sedang menikmati makanan tengahari tetapi penulis tidak sabar untuk menikmati hidangan Dinner plate tersebut kerana ianya sekadar nama.

Berbekalkan 3 ketul ayam tanpa sayap dan peha, serta sesenduk sayuran coleslaw, kentang putar yang lazat, dan secawan minuman ringan berperisa strawberi, penulis akan menikmatinya tanpa syak.Penulis benar-benar menghayati kelazatan ayam goreng tersebut bersama Amir. Ketika daging ayam tersebut mula disuapkan, penulis seakan-akan terbang diawangan kerana ini antara makanan kegemaran penulis. Detik-detik itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata hanya diri sendiri yang menjadi saksi keindahan alam ini.

Keterujaan

Sedang asyik penulis menikmatinya, tiba-tiba telefon mudah alih milik penulis berbunyi. Nada bunyi lagu Bengang – Akim AF7 memecahkan suasana yang damai itu. Penulis seakan-akan jatuh dari lamunan di awangan.

“Eh.. Faizal telefon. Apa hajatnya agaknya” bisik penulis di dalam hati. Lalu penulis menjawabnya.

Faizal: Assalamualaikum. Bee.. Hang di mana?

Penulis: Wa’alaikum salam. Cheq ada di kangar. Awat, ada pekara penting ka?

Faizal: Tak da apa la bee. Saja telefon hang ni. Petang ni hang ada di bilik ka?

Penulis: owh.. ada.. ada. Awat? Hang nak mai ka?

Faizal: tak da.. cheq ingat cheq nak ajak hang pi Penang. Hang nak ikot tak?

Penulis: (dengan penuh rasa teruja) Naaakkkkk!!!

Faizal: hahahahah… ok..ok. Petang kang cheq mai no.

Penulis: (masih teruja) ok.. ok. Jumpa nanti no.

Lantas keterujaan telah menguasai diri penulis lalu menyebabkan penulis tidak berdaya untuk menghabiskan ayam goreng tersebut. Penulis membungkusnya untuk membawa ia pulang.

Pada awalnya, kami bercadang untuk menunaikan solat jumaat di KFC sahaja maksudnya untuk tidak menunaikannya (penulis juga insan biasa, tidak lari melakukan kesilapan). Oleh kerana keterujaan tersebut, penulis tidak sabar untuk pulang ke asrama dan bersedia untuk ke Pulau Pinang. Dengan itu, penulis bercadang untuk menunaikan solat jumaat di kampus. Mungkin ini yang dikatakan hikmah. Hikmah di sebalik berjalan ke Pulau Pinang.

Setelah selesai berjemaah di masjid, penulis dengan girang pulang ke bilik untuk bersiap ke sana. Sudah lama penulis menghabiskan masa berseorangan di dalam bilik dan melakukan aktiviti di kampus yang agak membosankan. Akhirnya, ada yang sudi mengajak penulis berjalan-jalan di luar perlis.

Walau bagaimana pun, pengalaman serta cerita perjalanan ke Pulau Pinang akan diceritakan pada entri-entri akan datang. Maaf ya.

Maka,itulah cerita sehari sebelum penulis menunaikan ibadah puasa yang mana pekara-pekara yang dilakukan tidak pernah penulis lakukan sebelum ini. Perkara-perkara yang di maksudkan adalah keadaan untuk mendapatkan tiket ke kampung halaman, keadaan persiapan untuk berpuasa dan keadaan keteringinan untuk mendapatkan sesuatu yang sukar dikecapi. Suasana dan tekanan di sini menyebabkan penulis menjad teruja untuk pekara yang biasa bagi mereka yang lain.Di harap puasa kali ini member imakna yang besar buat penulis. Penulis juga berharap ianya akan menjadi Ramadhan yang terbaik berbanding Ramadhan-ramahdan yang telah di tempuhi sebelum ini.

ps: Penulis akan berusaha untuk menyediakan entri-entri pengalaman berpuasa, perjalanan ke Pulau Pinang dan Persoalan umur siswa yang membahasakan abang ketika berbual bersama penulis.

3 comments:

Anonymous said...

Yes exactly, in some moments I can reveal that I jibe consent to with you, but you may be inasmuch as other options.
to the article there is stationary a without question as you did in the downgrade delivery of this request www.google.com/ie?as_q=lyrics mindless self indulgence stupid mf ?
I noticed the utter you have not used. Or you profit by the dark methods of inspiriting of the resource. I take a week and do necheg

Anonymous said...

Yes undoubtedly, in some moments I can bruit about that I approve of with you, but you may be inasmuch as other options.
to the article there is stationary a without question as you did in the fall publication of this request www.google.com/ie?as_q=ad-aware 2007 professional 7.0.1.3 ?
I noticed the phrase you suffer with not used. Or you use the dreary methods of promotion of the resource. I possess a week and do necheg

Anonymous said...

celebritynaked [url=http://buzka.com/popnet/folder?resourceId=406586] nude photos[/url] nakedpictures